Makan coklat banyak-banyak nanti gemuuukk pun banyakk-banyakk...Coklat boleh jejaskan kesihatan kita, sebab tu tak boleh makan..Tapi betul ke? Kalau tengok dan ambil bau je,boleh kot... gitu? Sebenarnya coklat tak bersalah yea puan-puan semua.Mari kita tengok fakta yang sebetulnya tentang coklat.
Fakta Pertama - Coklat tidak menyebabkan jerawat
Satu-satunya mitos yang
diketahui ramai ialah coklat punca jerawat terutama sekali para remaja. Ini
tidak benar.
Pemakanan yang tidak baik
adalah punca yang sebenar. Pada zaman dahulu adalah mudah dan paling senang
untuk menyalahkan coklat. Perubahan hormon semasa 'puberty', pemakanan yang
kurang zinc dan iodine yang tinggi adalah antara penyumbang kepada masalah
jerawat ini.
Jerawat selalunya timbul di
zaman remaja apabila ada peningkatan hormon yang menyebabkan kelenjar
mengeluarkan sebum. Sebum ini mengalir ke permukaan kulit tetapi jikalau kulit
itu tersumbat sebum itu akan berkumpul dan menjadi jerawat.
Illustrasi Encyclopedia of
Dermatology menyatakan bahawa"pemakanan tidak ada tempat di dalam
pengurusan jerawat." Oleh itu, para remaja tidak perlu mengenepikan satu
daripada makanan kesukaan mereka iaitu coklat. Itu satu usaha yang sia-sia
sahaja.
Fakta
Kedua - Memakan coklat menyebabkan anda gemuk
Pengambilan yang melebihi
adalah isu yang penting di sini. Banci yang terkini dari seluruh dunia
menunjukkan bahawa keobesan sangat tinggi. Makan coklat dengan sederhana,
dan juga membuat senaman adalah satu cara untuk menjamin supaya badan kita
sihat.
Penekanan di sini bukanlah sekadar mengurang berat badan tetapi juga
mempunyai badan yang sihat. Doktor keluarga, pakar penyelia sajian dan pakar pemakanan
adalah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat dari segi pengurusan berat
badan, tetapi adalah selamat jika kita amalkan pemakanan yang sederhana tetapi
seimbang. Sebenarnya tidak ada satu pun makanan yang menggemukkan tetapi amaun
yang diambil mestilah sesuai dengan berat badan seseorang.
Sebagai catatan, ada baiknya
kalau kita ambil perhatian apa yang dikatakan oleh Persatuan Pakar Pemakanan
Amerika dalam bahagian "Maklumat Harian" mereka di mana mereka
menasihatkan untuk "mengambil coklat tetapi secara kesederhanaan"
Fakta
Ketiga - Pesakit diabetic boleh memakan coklat
Terdapat banyak perubahan dari
segi nasihat pemakanan yang diberikan kepada pesakit diabetic sejak 20 tahun
yang lalu.
Persatuan Diabetic British,
Persatuan Sains Makanan Amerika and Persatuan Diabetic Malaysia hari ini
mengesahkan bahawa gula atau makanan yang mengandungi gula dalam amaun yang
kecil yang dimakan kerana kandungan seratnya yang tinggi dan kurang lemak boleh
diterima.
Produk-produk diabetic adalah
tidak perlu kerana ianya tidak memberi faedah kepada pesakit diabetic jika
dibandingkan dengan makanan yang biasa. Oleh itu, pesakit diabetic boleh
memakan coklat tapi dengan kadar sederhana dan atas nasihat pakar sains
makanan.
Fakta
Keempat - Coklat tidak menyebabkan kerosakan gigi
Jika anda terpaksa berjumpa
dengan doktor gigi kerana sakit gigi, anda mungkin tidak ingin untuk menyentuh
coklat lagi untuk sekian lama. Cuba fikir seketika dan pertimbangkan
fakta-fakta ini.
Kerosakan gigi adalah penyakit
yang terjadi dengan bermacam cara dan apabila ini terjadi enamel akan terhakis
dengan begitu cepat. Asid ini terbentuk hasil pemeraman bahan-bahan makanan di
dalam mulut dan kemudiannya menyebabkan kerosakan gigi.
Penjagaan gigi yang baik dengan
air yang mengandungi fluorida memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan
gigi di kebanyakan negara walaupun pengambilan gula itu meningkat ataupun di
tahap yang sama. Satu lagi berita yang baik ialah tannin dalam koko menghalang
kerosakan gigi dengan mengurangkan plak. Asid oksalik dalam coklat juga
mengurangkan pengeluaran asid.
Sekarang anda bolehlah memakan
coklat sambil tersenyum tanpa malu. Tetapi anda mesti ingat jangan lupa berus
gigi.
Fakta
Kelima - Coklat tidak mengakibatkan sakit jantung
Di sini juga coklat merupakan
sesuatu makanan yang tidak baik. Peningkatan orang yang mengidap sakit jantung
di Malaysia adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan pergerakan yang tidak
banyak.
Merokok, kurang bersenam dan
pemakanan yang tidak seimbang dan tinggi lemak tepu merupakan penyebab yang
utama. Pada masa yang sama coklat mengandungi phenol yang merendahkan
lipoprotein tahap rendah (LDL kolesterol). Adalah difikirkan bahawa asid
stearik dalam lemak koko atau lemak dalam coklat tidak ada kesan terhadap
kolesterol di dalam darah.
Panduan yang munasabah untuk
gaya hidup yang sihat adalah dengan mengambil makanan yang serat tinggi,
karbohidrat yang tinggi kompleks, lemak dan gula yang rendah dengan senaman
yang teratur. Jika semua ini dipatuhi maka coklat yang diambil dalam amaun yang
sedikit tidaklah menjadi masalah besar.
Fakta
Keenam - Adakah coklat itu menaikkan berahi (aphrodisiac)?
Kenyataan ini mungkin
benar.Walaupun belum ada makanan yang dapat dibuktikan kesan 'aphrodisiac'nya
tetapi coklat mempunyai reaksi positif terhadap kimia otak dan dipercayai
mempengaruhi perangai atau perasaan seseorang.
Perasaan ini dikaitkan dengan
memakan coklat kerana setelah memakan coklat otak akan mengeluarkan sejenis
candu yang semulajadi yang diketahui boleh mengurangkan kesakitan dan
menimbulkan perasaan yang seronok. Sebenarnya tidak ada satu pun candu yang
dikatakan semulajadi ini ada dalam kuantiti yang besar yang mampu mengeluarkan
perasaan yang luar biasa ini. Kemungkinan besar, kombinasi daripada ciri-ciri
deria coklat, komposisi khasiat dan bahan-bahan 'psychoactive' yang
bertanggungjawab.
Glenn Campbell, seorang pakar
pemakanan berbangsa Australia mengatakan: "Memakan coklat adalah satu
daripada keseronokan dalam kehidupan." Dalam lain perkataan, anda tidak
akan salah jika anda menghadiahkan seseorang itu dengan coklat.
Jadi, apalagi ambillah coklat
kegemaran anda dan nikmatilah satu daripada hadiah yang paling lazat dalam
kehidupan anda. Tapi, anda mestilah buat senaman juga!
(Sumber website Lembaga Koko)