Thursday 31 January 2013

Coklat Rose 12pcs

Coklat rose 12pcs yang diorder oleh pelanggan.Isian dalam coklat tu ai letak badam. As a request by kakak itu la kan....Actually dalam coklat rose ni boleh saja letak badam, hazelnut or else.Terpulang pada selera masing-masing nak filling yang macam mana. Ai ikutkan saja.

Harga 12pcs coklat rose ni RM15 (sekali dengan box). Box kaler ada silver, gold dan maroon (depend on stok)..If nak order banyak-banyak, sikit-sikit ke,nak order coklat rose saja per kuantiti ( tak nak box) pun boleh saja...emel me ok. Kita boleh bincang.Of course la ai bagi diskaun kalau order banyak-banyak.

Order tau! 












Coklat rose 12pcs + box silver =RM15


   

Wednesday 30 January 2013

Coklat Oreo Flower dan Love..Tempahan Kak Lynn

Order coklat oreo flower  dan coklat oreo love daripada Kak Jue....Kata Kak Jue coklat oreo tu untuk anak dia yang suka  makan biskut oreo.Suka juga makan coklat..Warna hijau, putih, kuning, merah untuk corak bunga atas coklat homemade ni pilihan Kak Jue sendiri. Biar colourful dan berseri-seri lagi gitu..Sebelum order, Kak Jue dah pernah rasa coklat oreo yang Nadz buat. Sedap!Sedap!Sedap!Hihihi....

Terima kasih Kak Jue! Order la lagi ye...

coklat oreo flower



coklat oreo flower with gold box




coklat oreo love



















Coklat Homemade Dah Siap

Dah nak habis pun bulan Januari 2013 ni...cepatnya masa berlalu. Bila dah busy mengadap coklat-coklat homemade ni ,apa pun dah tak ingat.Yang paling penting tempahan customer mesti disiapkan awal-awal. Barulah boleh luruskan tulang belakang. Actually, Nadz nak post gambar coklat homemade banyak-banyak kat sini, tapi ada coklat homemade yang dah siap, terus Nadz hantar pada customer. Snap foto pun tak sempat...hihi...

Tapi tak apa..gambar coklat homemade yang ditempah, mana yang sempat snap tu tetap akan dipublishkan....Bila? Next post la dear..tunggu tau!

Tuesday 22 January 2013

Tak Suka Makan Coklat?

Makan coklat banyak-banyak nanti gemuuukk pun banyakk-banyakk...Coklat boleh jejaskan kesihatan kita, sebab tu tak boleh makan..Tapi betul ke? Kalau tengok dan ambil bau je,boleh kot... gitu? Sebenarnya coklat tak bersalah yea puan-puan semua.Mari kita tengok fakta yang sebetulnya tentang coklat.

Fakta Pertama - Coklat tidak menyebabkan jerawat

Satu-satunya mitos yang diketahui ramai ialah coklat punca jerawat terutama sekali para remaja. Ini tidak benar.

Pemakanan yang tidak baik adalah punca yang sebenar. Pada zaman dahulu adalah mudah dan paling senang untuk menyalahkan coklat. Perubahan hormon semasa 'puberty', pemakanan yang kurang zinc dan iodine yang tinggi adalah antara penyumbang kepada masalah jerawat ini.

Jerawat selalunya timbul di zaman remaja apabila ada peningkatan hormon yang menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum. Sebum ini mengalir ke permukaan kulit tetapi jikalau kulit itu tersumbat sebum itu akan berkumpul dan menjadi jerawat.

Illustrasi Encyclopedia of Dermatology menyatakan bahawa"pemakanan tidak ada tempat di dalam pengurusan jerawat." Oleh itu, para remaja tidak perlu mengenepikan satu daripada makanan kesukaan mereka iaitu coklat. Itu satu usaha yang sia-sia sahaja.

Fakta Kedua - Memakan coklat menyebabkan anda gemuk

Pengambilan yang melebihi adalah isu yang penting di sini. Banci yang terkini dari seluruh dunia menunjukkan bahawa keobesan sangat tinggi. Makan coklat dengan sederhana, dan juga membuat senaman adalah satu cara untuk menjamin supaya badan kita sihat. 

Penekanan di sini bukanlah sekadar mengurang berat badan tetapi juga mempunyai badan yang sihat. Doktor keluarga, pakar penyelia sajian dan pakar pemakanan adalah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat dari segi pengurusan berat badan, tetapi adalah selamat jika kita amalkan pemakanan yang sederhana tetapi seimbang. Sebenarnya tidak ada satu pun makanan yang menggemukkan tetapi amaun yang diambil mestilah sesuai dengan berat badan seseorang.

Sebagai catatan, ada baiknya kalau kita ambil perhatian apa yang dikatakan oleh Persatuan Pakar Pemakanan Amerika dalam bahagian "Maklumat Harian" mereka di mana mereka menasihatkan untuk "mengambil coklat tetapi secara kesederhanaan"

Fakta Ketiga - Pesakit diabetic boleh memakan coklat

Terdapat banyak perubahan dari segi nasihat pemakanan yang diberikan kepada pesakit diabetic sejak 20 tahun yang lalu.

Persatuan Diabetic British, Persatuan Sains Makanan Amerika and Persatuan Diabetic Malaysia hari ini mengesahkan bahawa gula atau makanan yang mengandungi gula dalam amaun yang kecil yang dimakan kerana kandungan seratnya yang tinggi dan kurang lemak boleh diterima.

Produk-produk diabetic adalah tidak perlu kerana ianya tidak memberi faedah kepada pesakit diabetic jika dibandingkan dengan makanan yang biasa. Oleh itu, pesakit diabetic boleh memakan coklat tapi dengan kadar sederhana dan atas nasihat pakar sains makanan.

Fakta Keempat - Coklat tidak menyebabkan kerosakan gigi

Jika anda terpaksa berjumpa dengan doktor gigi kerana sakit gigi, anda mungkin tidak ingin untuk menyentuh coklat lagi untuk sekian lama. Cuba fikir seketika dan pertimbangkan fakta-fakta ini.

Kerosakan gigi adalah penyakit yang terjadi dengan bermacam cara dan apabila ini terjadi enamel akan terhakis dengan begitu cepat. Asid ini terbentuk hasil pemeraman bahan-bahan makanan di dalam mulut dan kemudiannya menyebabkan kerosakan gigi.

Penjagaan gigi yang baik dengan air yang mengandungi fluorida memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan gigi di kebanyakan negara walaupun pengambilan gula itu meningkat ataupun di tahap yang sama. Satu lagi berita yang baik ialah tannin dalam koko menghalang kerosakan gigi dengan mengurangkan plak. Asid oksalik dalam coklat juga mengurangkan pengeluaran asid.

Sekarang anda bolehlah memakan coklat sambil tersenyum tanpa malu. Tetapi anda mesti ingat jangan lupa berus gigi.

Fakta Kelima - Coklat tidak mengakibatkan sakit jantung

Di sini juga coklat merupakan sesuatu makanan yang tidak baik. Peningkatan orang yang mengidap sakit jantung di Malaysia adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan pergerakan yang tidak banyak.

Merokok, kurang bersenam dan pemakanan yang tidak seimbang dan tinggi lemak tepu merupakan penyebab yang utama. Pada masa yang sama coklat mengandungi phenol yang merendahkan lipoprotein tahap rendah (LDL kolesterol). Adalah difikirkan bahawa asid stearik dalam lemak koko atau lemak dalam coklat tidak ada kesan terhadap kolesterol di dalam darah.

Panduan yang munasabah untuk gaya hidup yang sihat adalah dengan mengambil makanan yang serat tinggi, karbohidrat yang tinggi kompleks, lemak dan gula yang rendah dengan senaman yang teratur. Jika semua ini dipatuhi maka coklat yang diambil dalam amaun yang sedikit tidaklah menjadi masalah besar.

Fakta Keenam - Adakah coklat itu menaikkan berahi (aphrodisiac)?

Kenyataan ini mungkin benar.Walaupun belum ada makanan yang dapat dibuktikan kesan 'aphrodisiac'nya tetapi coklat mempunyai reaksi positif terhadap kimia otak dan dipercayai mempengaruhi perangai atau perasaan seseorang.

Perasaan ini dikaitkan dengan memakan coklat kerana setelah memakan coklat otak akan mengeluarkan sejenis candu yang semulajadi yang diketahui boleh mengurangkan kesakitan dan menimbulkan perasaan yang seronok. Sebenarnya tidak ada satu pun candu yang dikatakan semulajadi ini ada dalam kuantiti yang besar yang mampu mengeluarkan perasaan yang luar biasa ini. Kemungkinan besar, kombinasi daripada ciri-ciri deria coklat, komposisi khasiat dan bahan-bahan 'psychoactive' yang bertanggungjawab.

Glenn Campbell, seorang pakar pemakanan berbangsa Australia mengatakan: "Memakan coklat adalah satu daripada keseronokan dalam kehidupan." Dalam lain perkataan, anda tidak akan salah jika anda menghadiahkan seseorang itu dengan coklat.

Jadi, apalagi ambillah coklat kegemaran anda dan nikmatilah satu daripada hadiah yang paling lazat dalam kehidupan anda. Tapi, anda mestilah buat senaman juga!

(Sumber website Lembaga Koko)