Thursday 30 July 2015

Cerita Coklat Selepas Raya

Selamat hari raya...!

Blog ai ni kesian kan, lama tak update...hihi.Terpinggir sekejap, tup-tup dah berbulan-bulan tak ada new entry.Dah tak buat coklat ke akak ni?

Sebenarnya ai masih buat coklat.Tak kiralah masa GST ke coklat tetap ada.Cuma macam biasa, time bulan puasa 1 bulan ai tak ambik order.Tahun-tahun sebelumnya ai selalu inform dalam blog bila ai bercuti daripada buat coklat, tapi tahun ni ai lupa...Habis tu, time puasa akak ni buat apa?

Meh sini akak jawab sendiri..hik..hik.Ai buat biskut raya bertemakan coklat.Nanti ai belanja gambar yea.Ai promise!