Thursday 30 July 2015

Cerita Coklat Selepas Raya

Selamat hari raya...!

Blog ai ni kesian kan, lama tak update...hihi.Terpinggir sekejap, tup-tup dah berbulan-bulan tak ada new entry.Dah tak buat coklat ke akak ni?

Sebenarnya ai masih buat coklat.Tak kiralah masa GST ke coklat tetap ada.Cuma macam biasa, time bulan puasa 1 bulan ai tak ambik order.Tahun-tahun sebelumnya ai selalu inform dalam blog bila ai bercuti daripada buat coklat, tapi tahun ni ai lupa...Habis tu, time puasa akak ni buat apa?

Meh sini akak jawab sendiri..hik..hik.Ai buat biskut raya bertemakan coklat.Nanti ai belanja gambar yea.Ai promise!  


Thursday 5 February 2015

Coklat Order 2015

Hai!

Dah masuk Februari 2015..Tiada design baru coklat dalam blog ni. Warna pun sama, so i'm not in the mood to upload pic coklat yang baru. Bulan lepas ai ada dapat 2 order coklat hantaran.Sikit je pun, kan?Itu pun nak kecoh.Hihihi...

Lately tangan ai tak cukup 2. Tak terkejar nak buat coklat dan projek-projek sampingan lain.Nama saja a fulltime housewife, busy nya mengalahkan cik setiausaha pejabat. Anak ai siap cakap kalau mama ada robotkan bagus, biar robot tu buat kerja....buat coklat semua tu.Mama main dengan Mia.

Iyalah sayang, lepas ni mama dah boleh tarik nafas sikit. Semua projek dah berjalan lancar...tanpa bantuan robot atau mana-mana klon diri sendiri.Boleh la kita mewarna buku Frozen sama-sama.Hujung minggu ni kita pergi berenang sampai jari Mia kecut mecut....Okeh?

Eh, u all boleh je order coklat..ai masih ambik order macam biasa.