Tuesday 5 March 2013

Coklat Homemade tahan lama Part 2

Hari tu ai dah ceritakan berapa lama coklat homemade boleh bertahan.Tapi itu situasi biasa.Maksudnya dalam suhu bilik yang normal.So kalau di luar, cuaca panas terik pula camne? Mampu ke coklat homemade  tahan lama..tak cair-cair gitu...?

Itu soalan-soalan yang biasa ai terima daripada customer.Iye la kan....cuaca sekarang ni panas semacam.Nanti belum sempat sempat sampai majlis tunang ke kahwin ke, coklat dah cair. Jadi untuk pastikan coklat homemade tahan lama..at least selamat dan kekal bentuk asalnya sehingga majlis selesai ada beberapa langkah keselamatan untuk diikuti..


1. Jangan dedahkan coklat pada suhu dan sinaran matahari secara terus.:-Cari tempat redup untuk berteduh.Sedangkan kita sendiri pun berpeluh-peluh bila kena panas matahari apa lagi coklat.Owww....bukan takat coklat homemade tau...coklat yang selalu kita tengok( cadbury ke) di kedai pun akan cair dan tak akan tahan lama kalau kena panas matahari. Kalau tak ada tempat redup untuk berteduh, letak coklat tu dalam kereta.tapi pastikan aircond sentiasa dipasang. Barulah coklat homemade tahan lama.


2. Jangan sesekali letak coklat dalam bonet kereta. Confirm coklat akan cair! Suhu bonet tu panas sangat.Tak sesuai untuk coklat. Ada sekali tu ai balik kampung, coklat yang konon ai bawa  untuk buah tangan untuk budak-budak habis semua cair. Ai terlupa nak asingkan tuperware coklat tu awal-awal. Sepatutnya coklat tu bawa masuk dalam kereta saja.Dalam tu kan ada aircond. Jadi coklat homemade boleh tahan lebih lama.Barulah ia selamat sepanjang perjalanan.

Safety first everyone! Say Yes untuk coklat homemade tahan lama...(Dah macam iklan bateri energizer lak...hihi....) 

       

  

Monday 4 March 2013

Coklat Love Box..Tempahan terkini

Coklat love box tema warna biru
Coklat love box...tema biru putih


Oder coklat love box terkini dari Sungai Buloh minggu lepas.Coklat warna putih dan biru ditempah khas untuk satu majlis pertunangan.Seperti biasa dalam coklat love box ni ada coklat rose kecil (tak sempat nak snap gambar)..tapi boleh tengok contoh coklat love box sebelum ni,sama saja beza cuma kali ni warna biru putih- yang dulu pink putih. Harga masih sama RM100. Terima kasih kerana order!

Untuk bulan mac-April 2013, boleh order sekarang... contact ai okay :)