Thursday 28 February 2013

Coklat Homemade Tahan Berapa Lama



Coklat homemade jangka hayatnya boleh dikatakan agak panjang. Tapi ia bergantung kepada cara kita simpan juga sebenarnya. Kalau rujuk di internet biasanya kita akan dapat banyak info tentang coklat homemade tahan berapa lama seperti di bawah:-


Tarikh luput coklat biasanya dari 6 bulan sehingga setahun.Tapi perlu tengok juga kualiti coklat serta kaedah penyimpanan.Untuk coklat tahan lama ia perlu disimpan pada suhu 20’c – 26’c (coklat couverture).Coklat paraline pula tarikh luput bergantung pada jenis inti yang digunakan cth inti ganche (2 minggu –sebulan) dan kaedah penyimpanan.


Ok la...biar ai bagitau u all ya...


Bila dah siap buat coklat homemade tu, jangan simpan lama-lama dalam icebox.Coklat compound tak perlu dikeraskan lama-lama dalam peti sejuk. Bila dah ok, dah tak lembik, keluarkan segera dan biarkan ia di suhu bilik. Letak la atas meja dulu ke atau di mana-mana yang sesuai sementara nak tunggu untuk packing dan wap air pada coklat kering. Don't worry..dijamin coklat homemade tersebut tak akan cair semula.


Bila wap air pada coklat dah kering, bolehla di packing atau disusun di dalam bekas coklat.Kalau boleh cari bekas (tupperware pun boleh) yang kedap udara untuk simpan coklat-coklat homemade tu.Tutup rapat-rapat supaya semut atau kawan-kawan seangkatannya tidak boleh menceroboh. Cara ini adalah yang terbaik untuk membolehkan coklat homemade tahan dengan lebih lama sebelum coklat diposkan kepada pelanggan..

Thursday 7 February 2013

Coklat love 12pcs Hazelnut

Coklat love 12pcs ni fresh from kitchen ya...Tengok tu, perhatikan betul-betul nampak warna hampir sama tapi tak serupa.Sebenarnya itu 3 coklat yang berbeza iaitu dark coklat (yang paling gelap warnanya), milk coklat dan white coklat warna purple.. Kalau suka manis makan yang milk, dark coklat tak manis sangat dan white coklat tu rasa lebih kurang sama dengan yang milk...Owww...semua isian dalam tu ai  letak hazelnut...seketul-seketul.Memang terasa crunchy dan puas hati bila makan.

Bekas 12pcs ni saiz comel.Sesuai la dengan jumlah 12 unit coklat tu..If nak order lebih daripada itu, ai letak dalam bekas lain..Ikut kehendak dan bajet tuan-tuan dan puan-puan.Boleh diskus sampai jadi : )

Coklat ini diposkan dengan lajunya (pos laju la tu) ke Shah Alam..... TQ :)





Coklat love 12pcs RM15

 

Wednesday 6 February 2013

Lolichoc Oreo Upin-Ipin

Yes....quite busy dengan coklat oreo.Kali ni versi lolichoc pula.Tempahan daripada Ayu Taman Jasmin, Kajang.Edible image upin-ipin tu of course lah boleh dimakan yea...Jangan sebab gambar tu comel, sayang pula nak makan nanti.

Terima kasih.

Lolichoc edible image (upin-ipin) RM1.50 per pcs







Coklat Oreo Upin & Ipin



Tempahan Coklat oreo Upin & Ipin daripada Wani Sungai Long.. Coklat oreo Upin & Ipin  with gold casing as a doorgift.Comel la upin-ipin ni, kan?

Tq dear....


Coklat Oreo Upin Ipin RM2.00 per pcs (dengan box gold)






coklat oreo edible image upin ipin




coklat oreo upin-ipin without casing...ai bagi harga special diskaun..murah! murah! 

Lain-lain edible image yang boleh tempah:-
  • Ana muslim
  • Hello kitty
  • Ben 10
  • Boboiboy
  • Barbie
  • Mickey Mouse




    

Monday 4 February 2013

Coklat Love Box Hantaran Tema Pink n White


coklat love box
Coklat Love Box



Coklat love box  /Coklat hantaran



coklat love box
Coklat love hantaran ( coklat rose 20pcs isian di dalam + 10 coklat love di luar)

 Coklat love hantaran tema pink  n white yang ditempah oleh KFK dari Kajang. Penutup love (atas) tu diperbuat daripada white coklat.Bentuk Love bawah ai combinekan dark coklat dan white coklat.Filling untuk coklat rose mestilah ai letak ikut kehendak pelanggan. Ai sukakan warna pink n putih ni...nampak simple tapi cantik dan romantis.

Part paling susah nak buat masa kat penutup atas..Paling lama dan rumit.Kena fokus betul-betul baru jadi cantik dan ukiran tu seakan timbul.Tak boleh sesiapa kacau ai masa tu..hihihi..

Coklat rose (isian dalam ) pula memang naik kontra warnanya bila buat one side pink and another lagi putih..kan?

Harga 1 set coklat love hantaran adalah RM100..(termasuk eksklusif box + 10 coklat love di luar,20 coklat rose di dalam).

Selamat bertunang dan TQ!



Rectangular Box Coklat Hantaran

Membuat coklat hantaran box rectangular ni perlu kesabaran dan ketelitian. Walaupun cuma nak siapkan 1 unit tempahan saja ambil masa yang lama.Tapi kalau dah minat, mesti tak sedar masa berjalan.Tau-tau dah pun siap..Tadaaa! Coklat box ni boleh dimakan kesemuanya ya. ..100 % diperbuat daripada coklat.

Ai guna untuk kotak luar tu semua dark coklat. So warnanya pun mestilah lebih dark berbanding guna milk coklat. Isian dalam box tu boleh muat 12 coklat roses. Biasa orang buat hantaran tunang, letak atas dulang hantaran, sangat cantik! I wonder how long nak makan dan habiskan keseluruhan coklat ni?Mesti lama juga kannn....

Order now kakak-kakak, adik-adik yea...


Coklat box rectangular baru keluar ice box



coklat box rectangular  dengan 12 coklat rose di dalam

Friday 1 February 2013

Coklat Rose 12pcs Tempahan Aina

Tempahan Aina ni ai buat bulan Disember 2012. Masa tu blog ai yang cantik ni (perasan kan?) pun belum wujud. So bila blog ni dah ada barulah boleh ai upload gambar coklat rose 12pcs...Siaran tertunda la kiranya ni..hi..hi....

Coklat rose 12pcs...filling almond...yum-yum.


coklat rose biru, purple dan milk coklat



box silver coklat rose 12pcs yang cantik 



coklat rose 12pcs done!



Coklat Oreo Kembali Lagi

Pernah makan coklat oreo?..Tak pernah?isk...isk...kesiannya.Biskut oreo mesti semua orang pernah makan, kan?Bila biskut oreo digandingkan dengan coklat, rasanya memang sedap.Kombinasi yang serasi gitu...Kemanisan coklat diseimbangkan oleh rasa seakan kopi dalam biskut oreo tu.

Favourite kanak-kanak coklat oreo ni tau.Memang sesuai dijadikan doorgift kepada tetamu untuk event cukur jambul atau birthday party anak-anak.Untuk order yang bawah ni, request simple saja daripada pelanggan iaitu warna biru dan purple....Enjoy!