Nadz Homemade Coklat sedia menerima tempahan untuk hantaran majlis pertunangan & perkahwinan, doorgift, hadiah hari lahir, hari ibu, hari bapa, hari guru, hari raya dan pelbagai event lagi. Nadz Homemade coklat ianya fresh, cantik dan semestinya sedappp!..Yummies!
Friday, 7 June 2013
Tak dapat masuk blog
Hmmm...lama tak dapat update apa-apa dalam blog ni.Banyak kali ai try tapi still tak boleh akses.Banyak benda nak upload tergendala.Hampir-hampir give up..Last-last try hari ni boleh....saja je kan blogger ni sabotaj ai...
Wednesday, 8 May 2013
Coklat Hantaran Masjid
![]() |
| Coklat Hantaran Masjid pink + red |
![]() |
| Coklat hantaran masjid + kotak lutsinar |
![]() |
| coklat hantaran masjid view daripada atas |
![]() |
| Coklat hantaran masjid tema pink n red + riben ( Harga-RM120 ) |
Finally, siap pun coklat hantaran masjid tema pink n red ni.Barulah ai boleh betulkan sekejap pinggang yang dah lenguh n kejang before proceed to the next coklat.Imagine that ai duduk bersila berjam-jam untuk siapkan coklat hantaran masjid ni sampai jadi!....dan of course la ai puas hati sangat-sangat bila coklat hantaran masjid pink n red tersebut completed..la..la..la..hepi okayyy!
Coklat hantaran masjid kali ini akan jalan jauh ya..dari Bangi ke Perak. Selamat pengantin baru to my dear customer.Hope u suka dan berpuas hati with coklat hantaran masjid ini.Thanks for order!
Labels:fakta coklat
coklat hantaran masjid,
coklat masjid
Thursday, 18 April 2013
Tempahan Coklat 18 pcs Bunga Sakura
Labels:fakta coklat
coklat 18 pcs,
coklat bunga sakura
Tuesday, 9 April 2013
Coklat 16 pcs Macadamia
![]() |
| 1 Set Coklat 16 pcs (Harga RM25) |
Set coklat 16 pcs di dalamnya ada kacang Macadamia. Kacang paling mahal kalau tak silap. Agak susah nak jumpa di kedai-kedai biasa. Kacang macadamia ni ai letak sebiji-sebiji.Memang besar dan puas makan.Ikut request orang yang order tu.Sesiapa yang pernah makan kacang macadamia mesti tau rasa dia lemak-lemak sikit.Berbeza dengan kacnag-kacang lain.Patutla mahal tapi memang sedappp!!! Tempahan homemade set coklat 16 pcs kali ni datang dari Encik Amir, K.Lumpur.
Harga 1 set coklat 16 pcs ialah RM25..Harga special dan dah murah sangat- Promosi bulan April 2013 sahaja ye...Order now tau.....
TQ Veri much!
Labels:fakta coklat
coklat 16 pcs,
macadamia
Tuesday, 5 March 2013
Coklat Homemade tahan lama Part 2
Hari tu ai dah ceritakan berapa lama coklat homemade boleh bertahan.Tapi itu situasi biasa.Maksudnya dalam suhu bilik yang normal.So kalau di luar, cuaca panas terik pula camne? Mampu ke coklat homemade tahan lama..tak cair-cair gitu...?
Itu soalan-soalan yang biasa ai terima daripada customer.Iye la kan....cuaca sekarang ni panas semacam.Nanti belum sempat sempat sampai majlis tunang ke kahwin ke, coklat dah cair. Jadi untuk pastikan coklat homemade tahan lama..at least selamat dan kekal bentuk asalnya sehingga majlis selesai ada beberapa langkah keselamatan untuk diikuti..
1. Jangan dedahkan coklat pada suhu dan sinaran matahari secara terus.:-Cari tempat redup untuk berteduh.Sedangkan kita sendiri pun berpeluh-peluh bila kena panas matahari apa lagi coklat.Owww....bukan takat coklat homemade tau...coklat yang selalu kita tengok( cadbury ke) di kedai pun akan cair dan tak akan tahan lama kalau kena panas matahari. Kalau tak ada tempat redup untuk berteduh, letak coklat tu dalam kereta.tapi pastikan aircond sentiasa dipasang. Barulah coklat homemade tahan lama.
2. Jangan sesekali letak coklat dalam bonet kereta. Confirm coklat akan cair! Suhu bonet tu panas sangat.Tak sesuai untuk coklat. Ada sekali tu ai balik kampung, coklat yang konon ai bawa untuk buah tangan untuk budak-budak habis semua cair. Ai terlupa nak asingkan tuperware coklat tu awal-awal. Sepatutnya coklat tu bawa masuk dalam kereta saja.Dalam tu kan ada aircond. Jadi coklat homemade boleh tahan lebih lama.Barulah ia selamat sepanjang perjalanan.
Safety first everyone! Say Yes untuk coklat homemade tahan lama...(Dah macam iklan bateri energizer lak...hihi....)
Labels:fakta coklat
coklat homemade tahan berapa lama,
coklat homemade tahan lama
Monday, 4 March 2013
Coklat Love Box..Tempahan terkini
![]() |
| Coklat love box...tema biru putih |
Untuk bulan mac-April 2013, boleh order sekarang... contact ai okay :)
Labels:fakta coklat
Coklat love box
Subscribe to:
Posts (Atom)








