Tuesday, 21 October 2014

Coklat Love Hazelnut 18 pcs





Coklat love hazelnut 18 pcs ( 1 set) ini telah selamat dihantar kepada customer ai di One Utama, Ahad lepas. Harga 1 set 18 pcs adalah RM22 (tidak termasuk kos penghantaran pos laju dan lain-lain).Oleh sebab special customer ai ni order banyak set coklat, ai hantar direct terus ke tangan dia (sambil pergi shopping).

Meh ai cerita sikit pasal pembikinan coklat ni yea.Tempahan kali ni sebenarnya mudah untuk dibuat...tapi tetap rasa nak patah pinggang la nak siapkan. Sebab bila nak keraskan coklat dalam ice box tak boleh masukkan banyak-banyak.Penuh la peti sejuk rumah ai.

Coklat Love Hazelnut 18 pcs ni ai guna dark  dan white coklat saja.Dalam setiap coklat love tu ada sebiji kacang hazelnut yang telah dipanggang dan rangup.Sebelah atas ai buatkan warna pink dan belah bawah dilapisi dark coklat. Kalau guna milk coklat, ai rasa manis sangat.Lagi pun dark coklat rasa dia lagi sedap...pada ai la.Owwh, tulisan TQ pada coklat adalah atas permintaan khas customer ai. Katanya coklat tu untuk dihadiahkan pada staff-staff nya.Untung la dapat boss yang baik hati macam customer ai ni, kan?

Masa serah coklat tu customer ai cakap cantiknya coklat rasa sayang pula nak makan.Tapi bila dah makan dia kata-Very the Sedap!

Tq yea..lain kali order la lagi.  

  

   

Thursday, 9 October 2014

Lamaaaanya!

Okeh...ai dah laaaammaaaaa sangat tak update blog ni..kan?Sebenarnya bukan apa pun, buat coklat ni tetap jalan macam biasa.Last stop sebelum puasa.Baru-baru ni pun ada beberapa orang order coklat dari ai.Sebelum raya korban la kan...tapi ai  tak upload pic coklat tu dalam blog ni.

Sebab 2-3 order coklat hantaran sebelum ni tema & warna adalah sama.So dah ada dalam blog.Lain kali kalau ada warna yang lain dari yangl ain ai update yea.

Bye!

Tuesday, 24 December 2013

Lolichoc Oreo BoboiBoy




30 pcs lolichoc oreo BoboiBoy kuasa 3...Order dari Bandar Baru Bangi. TQ so much!

Monday, 25 November 2013

Coklat Love Box Hantaran Kahwin

Kali ni coklat love box hantaran warna tema kuning biru...layan pic di bawah dulu ya...












Kat tengah penutup coklat love box ni ada bias cahaya lampu pulak..



coklat love di tepi tu pula kabur sebab wap daripada ais peti sejuk..bila keluarkan lama-lama dia hilang dan tak akan jejaskan coklat love box ni


Coklat love box tema kuning biru ini selamat di deliver to kastemer Hulu Langat last week. Biasanya ai akan buat coklat love box ni 2 atau 1 hari sebelum tarikh serah pada pelanggan.So memang fresh n sedap la coklat love box ni.Kualiti kena la jaga kannn...Seperti biasa harga coklat love box masih RM100.Order la ye!

Tuesday, 29 October 2013

Tempahan Coklat Oreo Upin-Ipin













Baru-baru ni ai dapat Order Coklat Oreo Upin-Ipin daripada sorang customer from K.L. Dia request coklat oreo dengan pic Upin Ipin ni khas untuk majlis harijadi anak kesayangannya.Budak-budak mana yang tak suka coklat?Budak-budak mana yang tak suka upin-ipin?..gerenti semua suka kannnn....So 70 pcs coklat oreo upin ipin yang comel-comel ai telah deliver 2 days before majlis harijadi.Thanks to our customer yang berpuashati dan cakap coklat upin ipin ni sangaaaaaat comel!

Untuk info coklat oreo upin ipin ni harganya RM2 per pcs.Harga tu dah termasuk sekali gold casing. Penghantaran ke sekitar KL, KAJANG, SEMENYIH, BANGI, NILAI, HULU LANGAT, PUTRAJAYA  adalah percuma.Kalau u all order banyak-banyak-banyakkkk,ai kasi diskaun special ye...hihi.

Selain daripada gambar upin-ipin ada kartun lain seperti doraemon, ana muslim, boboiboy, hello kitty,ben 10 dan beberapa watak kartun disney...Order sekarang ya.














Monday, 14 October 2013

Komen Pelanggan Coklat

Yea!..Yea!....Esok raya!...

Orang lain sibuk cari lembu untuk korban raya esok, ai sibuk di dapur buat coklat. Bukan untuk buat makan raya pun tapi ai tengah busy....busy...busy siapkan order coklat dari pelanggan for Oktober dan November...Ai kena la buat cepat-cepat.

okayyy nak cite sikit testimoni seorang pelanggan coklat ai ye.Actually tak ada la ai nak tunjuk bukti print screenshot ke emel ke.Ni pengakuan ikhlas dari pelanggan by lisan. Customer ai ni order coklat love box oren...Yang baru je ai upload tu.Untuk wedding dia somewhere in K.L.Dia cukup puashati dan seronok.Masa hari kahwin tu semua orang (belah pengantin perempuan) ingatkan kek kahwin tapi bila nak potong keras dan tak lut pula..Surprise!Surprise!Rupa-rupanya coklat homemade!Lagi la surprise bila dipatah-patahkankan penutup box belah atas, tengok kat dalam ada banyak lagi coklat kiut miut di dalamnya.Berebut-rebut nak merasa coklat tu.Happy n menjadi la suprise si pengantin ni kan?.hihi..

So kalau dah boring order kek utk majlis kahwin,tunang or apa-apa majlis je la order coklat love box dengan ai ok!Mesti lebih happening lagi event korang tu!

Selamat Hari raya aidiladha.

Thursday, 10 October 2013

Coklat Love Box

Tadaaa....Coklat love box Tema oren.
coklat love box oren
isian dalam:coklat rose 20 biji warna oren/putih
coklat love box luar dan dalam...semuanya boleh dimakan
coklat love box..ready to pick up



Coklat love box warna oren kali ni dah ready to pick up..Petang or malam ni customer akan ambil. Tapi ai dah tak sabar-sabar nak upload gambar coklat love box tu...hihihi...Meh ai cerita sikit kronologi pembuatan coklat love box..Datang dekat dan rapat-rapat sikit yea adik-adik,akak-akak!

Pukul 11.00 am -12 tgh:  Siapkan bahagian bawah coklat love box. Isian dalam coklat ros dan coklat mini love luar  pun buat masa ni jugak..Part ni paling mudah dan cepat.

12.00 tgh-1.00 pm: Siapkan bahagian penutup coklat love box (bahagian atas). Part ni mencabar sikit. Kena teliti betul-betul supaya ukiran bunga dan daun tak silap buat.Kalau silap,cacat la...nangis ai nak betulkan semula.

2.00 pm: DAH SIAP!..tunggu je coklat love box tu betul-betul keras dalam ice box.Barulah boleh keluarkan perlahan-lahan.

Selamat pengantin baru! Moga coklat love box bertemakan oren ini akan menceriakan majlis kenduri kahwin hujung minggu ini.

 Terima kasih atas order coklat love box !

Next coklat project....coming up.