Wednesday, 12 June 2013

ORDER COKLAT HOMEMADE DITUTUP SEMENTARA!

Mulai hari ini order coklat ditutup sementara waktu.Sepanjang bulan puasa juga ai tak terima order lagi yaa...Waktu tu ai busy buat benda lain.Tak menang tangan nanti. Sekarang pun terpaksa closed order sementara..busy..busy..busy.

Insyaallah lepas raya ai akan buka semula order.TQ!  

Friday, 7 June 2013

Tak dapat masuk blog

Hmmm...lama tak dapat update apa-apa dalam blog ni.Banyak kali ai try tapi still tak boleh akses.Banyak benda nak upload tergendala.Hampir-hampir give up..Last-last try hari ni boleh....saja je kan blogger ni sabotaj ai...

Wednesday, 8 May 2013

Coklat Hantaran Masjid


coklat masjid pink red
Coklat Hantaran Masjid pink + red




Coklat hantaran masjid + kotak lutsinar



coklat hantaran masjid  view daripada atas



Coklat hantaran masjid tema pink  n red + riben ( Harga-RM120 )
Finally, siap pun coklat hantaran masjid tema pink n red ni.Barulah ai boleh betulkan sekejap pinggang yang dah lenguh  n kejang before proceed to the next coklat.Imagine that ai duduk bersila berjam-jam untuk siapkan coklat hantaran masjid ni sampai jadi!....dan of course la ai puas hati sangat-sangat bila coklat hantaran masjid pink n red tersebut completed..la..la..la..hepi okayyy!

Coklat hantaran masjid kali ini akan jalan jauh ya..dari Bangi ke Perak. Selamat pengantin baru to my dear customer.Hope u suka dan berpuas hati with coklat hantaran masjid ini.Thanks for order! 


Thursday, 18 April 2013

Tempahan Coklat 18 pcs Bunga Sakura

coklat bunga sakura
Coklat set 18 pcs Bunga Sakura  - RM22

Everibodi....i present coklat bunga sakura 18 pcs! Lately, quite busy dengan coklat itu dan ini. Bulan depan pun ada a few project coklat yang menanti. Gambar akan menyusul very the soon.hik..hik.Tapi tempahan coklat lain-lain dalam blog ni tetap dibuka seperti biasa. Call/Sms ai untuk order! emel pun boleh..apa salahnya.


Tuesday, 9 April 2013

Coklat Masjid

Coklat masjid pink
Coklat Masjid (Pink)


Coklat masjid -Harga RM120....

Order sekarang!

Coklat 16 pcs Macadamia




Coklat Macadamia
1 Set Coklat 16 pcs (Harga RM25)



macadamia nuts

                               
Set coklat 16 pcs di dalamnya ada  kacang Macadamia. Kacang paling mahal kalau tak silap. Agak susah nak jumpa di kedai-kedai biasa. Kacang macadamia ni ai letak sebiji-sebiji.Memang besar dan puas makan.Ikut request orang yang order tu.Sesiapa yang pernah makan kacang macadamia mesti tau rasa dia lemak-lemak sikit.Berbeza dengan kacnag-kacang lain.Patutla mahal tapi memang sedappp!!! Tempahan homemade set coklat  16 pcs kali ni datang dari Encik Amir, K.Lumpur.

Harga 1 set coklat 16 pcs ialah RM25..Harga special dan dah murah sangat- Promosi bulan April 2013 sahaja ye...Order now tau.....

TQ Veri much!


Tuesday, 5 March 2013

Coklat Homemade tahan lama Part 2

Hari tu ai dah ceritakan berapa lama coklat homemade boleh bertahan.Tapi itu situasi biasa.Maksudnya dalam suhu bilik yang normal.So kalau di luar, cuaca panas terik pula camne? Mampu ke coklat homemade  tahan lama..tak cair-cair gitu...?

Itu soalan-soalan yang biasa ai terima daripada customer.Iye la kan....cuaca sekarang ni panas semacam.Nanti belum sempat sempat sampai majlis tunang ke kahwin ke, coklat dah cair. Jadi untuk pastikan coklat homemade tahan lama..at least selamat dan kekal bentuk asalnya sehingga majlis selesai ada beberapa langkah keselamatan untuk diikuti..


1. Jangan dedahkan coklat pada suhu dan sinaran matahari secara terus.:-Cari tempat redup untuk berteduh.Sedangkan kita sendiri pun berpeluh-peluh bila kena panas matahari apa lagi coklat.Owww....bukan takat coklat homemade tau...coklat yang selalu kita tengok( cadbury ke) di kedai pun akan cair dan tak akan tahan lama kalau kena panas matahari. Kalau tak ada tempat redup untuk berteduh, letak coklat tu dalam kereta.tapi pastikan aircond sentiasa dipasang. Barulah coklat homemade tahan lama.


2. Jangan sesekali letak coklat dalam bonet kereta. Confirm coklat akan cair! Suhu bonet tu panas sangat.Tak sesuai untuk coklat. Ada sekali tu ai balik kampung, coklat yang konon ai bawa  untuk buah tangan untuk budak-budak habis semua cair. Ai terlupa nak asingkan tuperware coklat tu awal-awal. Sepatutnya coklat tu bawa masuk dalam kereta saja.Dalam tu kan ada aircond. Jadi coklat homemade boleh tahan lebih lama.Barulah ia selamat sepanjang perjalanan.

Safety first everyone! Say Yes untuk coklat homemade tahan lama...(Dah macam iklan bateri energizer lak...hihi....)