Friday, 16 August 2013

Coklat Ketupat Raya 2013

Coklat ketupat 18 pcs warna pink

coklat ketupat 36pcs

coklat ketupat 18 pcs warna hijau

coklat ketupat yang dah siap disimpan dalam box 

Orang lain sibuk anyam ketupat, ai busy buat coklat ketupat ni...Sedap dan cair di mulut.Macam iklan di tv tu haaa...Projek coklat ketupat ni berlangsung lama dah..sebelum puasa lagi ai dah buat.Baru sekarang tunjukkan gambar.Coklat ketupat ni ramai juga yang order.Yang paling tak tahan tu ada yang bagi feedback tak sempat raya coklat ketupat dah habis kena ngap dengan anak-anak...hihi.Tak dapatla nak jamu tetamu yang datang beraya dengan coklat ketupat yang cun dan colourful ni...Takpe..lain kali order banyak sikit okayyy.

Ai pun masa balik beraya  di kampung husband ada bawa coklat ketupat ni kat sana.Ai masukkan dalam icebox jap (nak bagi keras sikit)...bila bawa keluar ai letak la atas meja sementara nak masukkan pula dalam balang kuih raya.Tapi memang betul!tak sampai 30 minit semua coklat ketupat tu dah habis kena terkam dengan anak buah husband ai yang ramai tu...Siap berebut lagi.Budak-budak ni hantu coklat rupanya...

Oooo..nak order sekarang pun boleh lagi.Coklat ketupat ni boleh dimakan tak kira musim.Dah habis raya pun boleh makan coklat ketupat.Apatah lagi sekarang syawal belum habis,kan?    

Thursday, 15 August 2013

Order Coklat Homemade Dibuka Kembali!

Selamat hari raya semua!

Still dalam mood raya kan...hihi.Kat rumah ai pukul 12 tengah malam pun masih meriah bunyi mercun.Bebudak ni kalau raya tak sah tak main mercun.Kuat lak tu.Jangan sampai 30 Syawal sudah..

Oh yeah! Order coklat homemade dibuka kembali.Sekarang! Boleh buat tempahan awal-awal.Manalah tau kot-kot ada yang nak naik pelamin lepas musim raya ni kan...Bertunang ke..Boleh order dengan ai.Kualiti dan rasa coklat tetap ai jaga.Cantik sudah semestinya la kan....

Jangan lupa order ya...

Wednesday, 12 June 2013

ORDER COKLAT HOMEMADE DITUTUP SEMENTARA!

Mulai hari ini order coklat ditutup sementara waktu.Sepanjang bulan puasa juga ai tak terima order lagi yaa...Waktu tu ai busy buat benda lain.Tak menang tangan nanti. Sekarang pun terpaksa closed order sementara..busy..busy..busy.

Insyaallah lepas raya ai akan buka semula order.TQ!  

Friday, 7 June 2013

Tak dapat masuk blog

Hmmm...lama tak dapat update apa-apa dalam blog ni.Banyak kali ai try tapi still tak boleh akses.Banyak benda nak upload tergendala.Hampir-hampir give up..Last-last try hari ni boleh....saja je kan blogger ni sabotaj ai...

Wednesday, 8 May 2013

Coklat Hantaran Masjid


coklat masjid pink red
Coklat Hantaran Masjid pink + red




Coklat hantaran masjid + kotak lutsinar



coklat hantaran masjid  view daripada atas



Coklat hantaran masjid tema pink  n red + riben ( Harga-RM120 )
Finally, siap pun coklat hantaran masjid tema pink n red ni.Barulah ai boleh betulkan sekejap pinggang yang dah lenguh  n kejang before proceed to the next coklat.Imagine that ai duduk bersila berjam-jam untuk siapkan coklat hantaran masjid ni sampai jadi!....dan of course la ai puas hati sangat-sangat bila coklat hantaran masjid pink n red tersebut completed..la..la..la..hepi okayyy!

Coklat hantaran masjid kali ini akan jalan jauh ya..dari Bangi ke Perak. Selamat pengantin baru to my dear customer.Hope u suka dan berpuas hati with coklat hantaran masjid ini.Thanks for order! 


Thursday, 18 April 2013

Tempahan Coklat 18 pcs Bunga Sakura

coklat bunga sakura
Coklat set 18 pcs Bunga Sakura  - RM22

Everibodi....i present coklat bunga sakura 18 pcs! Lately, quite busy dengan coklat itu dan ini. Bulan depan pun ada a few project coklat yang menanti. Gambar akan menyusul very the soon.hik..hik.Tapi tempahan coklat lain-lain dalam blog ni tetap dibuka seperti biasa. Call/Sms ai untuk order! emel pun boleh..apa salahnya.


Tuesday, 9 April 2013

Coklat Masjid

Coklat masjid pink
Coklat Masjid (Pink)


Coklat masjid -Harga RM120....

Order sekarang!