Thursday 28 February 2013

Coklat Homemade Tahan Berapa Lama



Coklat homemade jangka hayatnya boleh dikatakan agak panjang. Tapi ia bergantung kepada cara kita simpan juga sebenarnya. Kalau rujuk di internet biasanya kita akan dapat banyak info tentang coklat homemade tahan berapa lama seperti di bawah:-


Tarikh luput coklat biasanya dari 6 bulan sehingga setahun.Tapi perlu tengok juga kualiti coklat serta kaedah penyimpanan.Untuk coklat tahan lama ia perlu disimpan pada suhu 20’c – 26’c (coklat couverture).Coklat paraline pula tarikh luput bergantung pada jenis inti yang digunakan cth inti ganche (2 minggu –sebulan) dan kaedah penyimpanan.


Ok la...biar ai bagitau u all ya...


Bila dah siap buat coklat homemade tu, jangan simpan lama-lama dalam icebox.Coklat compound tak perlu dikeraskan lama-lama dalam peti sejuk. Bila dah ok, dah tak lembik, keluarkan segera dan biarkan ia di suhu bilik. Letak la atas meja dulu ke atau di mana-mana yang sesuai sementara nak tunggu untuk packing dan wap air pada coklat kering. Don't worry..dijamin coklat homemade tersebut tak akan cair semula.


Bila wap air pada coklat dah kering, bolehla di packing atau disusun di dalam bekas coklat.Kalau boleh cari bekas (tupperware pun boleh) yang kedap udara untuk simpan coklat-coklat homemade tu.Tutup rapat-rapat supaya semut atau kawan-kawan seangkatannya tidak boleh menceroboh. Cara ini adalah yang terbaik untuk membolehkan coklat homemade tahan dengan lebih lama sebelum coklat diposkan kepada pelanggan..

3 comments:

  1. assalam sis. kalau kite simpan coklat dalam bekas kedap udara .is it okay kalau coklat tu bertindih tindih. atau kena balut dengan plastik juga ? harap dpt membantu :)

    ReplyDelete
  2. kalau bertindih, elok ada alas antara coklat2 tu. tapi kalo lolichoc tu biasanya kita balut dengan plastik supaya tak comot

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..nk tnya klu kita pos guna pos laju x kan cair ke??

    ReplyDelete