Nadz Homemade Coklat sedia menerima tempahan untuk hantaran majlis pertunangan & perkahwinan, doorgift, hadiah hari lahir, hari ibu, hari bapa, hari guru, hari raya dan pelbagai event lagi. Nadz Homemade coklat ianya fresh, cantik dan semestinya sedappp!..Yummies!
Thursday, 18 April 2013
Tuesday, 9 April 2013
Coklat 16 pcs Macadamia
![]() |
| 1 Set Coklat 16 pcs (Harga RM25) |
Set coklat 16 pcs di dalamnya ada kacang Macadamia. Kacang paling mahal kalau tak silap. Agak susah nak jumpa di kedai-kedai biasa. Kacang macadamia ni ai letak sebiji-sebiji.Memang besar dan puas makan.Ikut request orang yang order tu.Sesiapa yang pernah makan kacang macadamia mesti tau rasa dia lemak-lemak sikit.Berbeza dengan kacnag-kacang lain.Patutla mahal tapi memang sedappp!!! Tempahan homemade set coklat 16 pcs kali ni datang dari Encik Amir, K.Lumpur.
Harga 1 set coklat 16 pcs ialah RM25..Harga special dan dah murah sangat- Promosi bulan April 2013 sahaja ye...Order now tau.....
TQ Veri much!
Labels:fakta coklat
coklat 16 pcs,
macadamia
Tuesday, 5 March 2013
Coklat Homemade tahan lama Part 2
Hari tu ai dah ceritakan berapa lama coklat homemade boleh bertahan.Tapi itu situasi biasa.Maksudnya dalam suhu bilik yang normal.So kalau di luar, cuaca panas terik pula camne? Mampu ke coklat homemade tahan lama..tak cair-cair gitu...?
Itu soalan-soalan yang biasa ai terima daripada customer.Iye la kan....cuaca sekarang ni panas semacam.Nanti belum sempat sempat sampai majlis tunang ke kahwin ke, coklat dah cair. Jadi untuk pastikan coklat homemade tahan lama..at least selamat dan kekal bentuk asalnya sehingga majlis selesai ada beberapa langkah keselamatan untuk diikuti..
1. Jangan dedahkan coklat pada suhu dan sinaran matahari secara terus.:-Cari tempat redup untuk berteduh.Sedangkan kita sendiri pun berpeluh-peluh bila kena panas matahari apa lagi coklat.Owww....bukan takat coklat homemade tau...coklat yang selalu kita tengok( cadbury ke) di kedai pun akan cair dan tak akan tahan lama kalau kena panas matahari. Kalau tak ada tempat redup untuk berteduh, letak coklat tu dalam kereta.tapi pastikan aircond sentiasa dipasang. Barulah coklat homemade tahan lama.
2. Jangan sesekali letak coklat dalam bonet kereta. Confirm coklat akan cair! Suhu bonet tu panas sangat.Tak sesuai untuk coklat. Ada sekali tu ai balik kampung, coklat yang konon ai bawa untuk buah tangan untuk budak-budak habis semua cair. Ai terlupa nak asingkan tuperware coklat tu awal-awal. Sepatutnya coklat tu bawa masuk dalam kereta saja.Dalam tu kan ada aircond. Jadi coklat homemade boleh tahan lebih lama.Barulah ia selamat sepanjang perjalanan.
Safety first everyone! Say Yes untuk coklat homemade tahan lama...(Dah macam iklan bateri energizer lak...hihi....)
Labels:fakta coklat
coklat homemade tahan berapa lama,
coklat homemade tahan lama
Monday, 4 March 2013
Coklat Love Box..Tempahan terkini
![]() |
| Coklat love box...tema biru putih |
Untuk bulan mac-April 2013, boleh order sekarang... contact ai okay :)
Labels:fakta coklat
Coklat love box
Thursday, 28 February 2013
Coklat Homemade Tahan Berapa Lama
Coklat homemade jangka hayatnya boleh dikatakan agak panjang. Tapi ia bergantung kepada cara kita simpan juga sebenarnya. Kalau rujuk di internet biasanya kita akan dapat banyak info tentang coklat homemade tahan berapa lama seperti di bawah:-
Tarikh luput coklat biasanya dari 6 bulan sehingga setahun.Tapi perlu tengok juga kualiti coklat serta kaedah penyimpanan.Untuk coklat tahan lama ia perlu disimpan pada suhu 20’c – 26’c (coklat couverture).Coklat paraline pula tarikh luput bergantung pada jenis inti yang digunakan cth inti ganche (2 minggu –sebulan) dan kaedah penyimpanan.
Ok la...biar ai bagitau u all ya...
Bila dah siap buat coklat homemade tu, jangan simpan lama-lama dalam icebox.Coklat compound tak perlu dikeraskan lama-lama dalam peti sejuk. Bila dah ok, dah tak lembik, keluarkan segera dan biarkan ia di suhu bilik. Letak la atas meja dulu ke atau di mana-mana yang sesuai sementara nak tunggu untuk packing dan wap air pada coklat kering. Don't worry..dijamin coklat homemade tersebut tak akan cair semula.
Bila wap air pada coklat dah kering, bolehla di packing atau disusun di dalam bekas coklat.Kalau boleh cari bekas (tupperware pun boleh) yang kedap udara untuk simpan coklat-coklat homemade tu.Tutup rapat-rapat supaya semut atau kawan-kawan seangkatannya tidak boleh menceroboh. Cara ini adalah yang terbaik untuk membolehkan coklat homemade tahan dengan lebih lama sebelum coklat diposkan kepada pelanggan..
Labels:fakta coklat
cara simpan coklat,
coklat homemade tahan berapa lama
Thursday, 7 February 2013
Coklat love 12pcs Hazelnut
Coklat love 12pcs ni fresh from kitchen ya...Tengok tu, perhatikan betul-betul nampak warna hampir sama tapi tak serupa.Sebenarnya itu 3 coklat yang berbeza iaitu dark coklat (yang paling gelap warnanya), milk coklat dan white coklat warna purple.. Kalau suka manis makan yang milk, dark coklat tak manis sangat dan white coklat tu rasa lebih kurang sama dengan yang milk...Owww...semua isian dalam tu ai letak hazelnut...seketul-seketul.Memang terasa crunchy dan puas hati bila makan.
Bekas 12pcs ni saiz comel.Sesuai la dengan jumlah 12 unit coklat tu..If nak order lebih daripada itu, ai letak dalam bekas lain..Ikut kehendak dan bajet tuan-tuan dan puan-puan.Boleh diskus sampai jadi : )
Coklat ini diposkan dengan lajunya (pos laju la tu) ke Shah Alam..... TQ :)
Bekas 12pcs ni saiz comel.Sesuai la dengan jumlah 12 unit coklat tu..If nak order lebih daripada itu, ai letak dalam bekas lain..Ikut kehendak dan bajet tuan-tuan dan puan-puan.Boleh diskus sampai jadi : )
Coklat ini diposkan dengan lajunya (pos laju la tu) ke Shah Alam..... TQ :)
![]() |
| Coklat love 12pcs RM15 |
Labels:fakta coklat
coklat love 12 pcs
Subscribe to:
Posts (Atom)







